Tun Dr Mahathir menjelaskan kerugian yang dialami di zamannya adalah berpunca daripada kelemahan dalam pengurusan.
PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui pernah melakukan kesilapan sepanjang mentadbir negara ini.
Dalam tulisan di blognya, chedet.cc beliau menjelaskan beberapa kerugian yang pernah ditanggung sehingga menyebabkan Malaysia kehilangan wang.
Ulasnya, kerugian yang dialami ketika itu adalah berpunca daripada Perwaja Steel, Bank Bumiputra Malaysia Finance dan Maminco kerana terdapat kelemahan dalam pengurusan.
“Yang nyata ialah negara tahu dimana pergi wang yang dilabur semasa saya. Dalam perniagaan adakala untung, adakala rugi. Yang tidak boleh diterima ialah duit itu hilang tanpa diketahui kemana,” katanya.
Jelasnya, kejatuhan nilai Ringgit sebanyak 70 sen pada masa ini adalah penyebab kerugian berbilion ringgit kepada negara.
“Tetapi apabila Ringgit diselamatkan dari penyangak matawang, berbillion ringgit duit kerajaan diselamatkan. Dan ramai peniaga yang muflis dan hampir muflis terselamat pada tahun 1998. Lupakan sahajalah peristiwa ini kerana ia berlaku di zaman saya,” katanya.
Menurut Dr. Mahathir, apa yang berlaku, di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak, lebih teruk berbanding zamannya selepas hutang negara meningkat.
Situasi yang berlaku dikaitkan dengan kegagalan pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sehingga Malaysia terpaksa menanggung hutang mencecah RM42 billion.
Beliau mendakwa bahawa peranan Jho Low yang diberikan kepercayaan oleh Najib untuk mengendalikan dana 1MDB yang berjumlah berbilion ringgit langsung sama sekali tidak sama dengan apa yang dilakukan Tun Daim Zainuddin ketika beliau menjadi Menteri Kewangan.
“Saya bukan tuduh Datuk Seri Najib. Saya bertanya beberapa soalan kerana hutang berbillion ini akan ditanggung oleh rakyat akhirnya.
“Jawapan tidak juga diberi oleh mereka yang mengecam saya selain daripada berkata saya punyai kepentingan atau saya juga buat kerja yang sama,” katanya ketika menjawab semula kritikan yang dilemparkan ke atasnya.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)